12/27/2013

Ikan Piranha Serang Orang Ramai Ketika Bersantai 70 Cedera




BUENOS AIRES: Seramai 70 orang yang sedang mandi-manda di pantai Argentina cedera termasuk tujuh kanak-kanak hilang sebahagian anggota badan apabila putus jari tangan dan kaki selepas diserang sekumpulan ikan karnivor.

Pengarah pengawal keselamatan pantai, Federico Cornier, berkata ribuan pengunjung yang sedang bersantai di Sungai Parana, dekat Rosario, semalam, tiba-tiba diserang ikan palometas iaitu sejenis piranha yang besar, rakus dengan gigi tajam.

Paramedik Alberto Manino berkata, pantai berkenaan ditutup serta-merta. Namun akibat cuaca panas yang mencecah sehingga 100 darjah celsius, pengunjung kembali semula ke pantai.







        

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets