12/30/2013

Pelumba Handalan F1 MICHAEL SCHUMACHER Koma


MICHAEL SCHUMACHER KOMA TERJATUH BERMAIN SKI DI PERGUNUNGAN ALPS
MICHAEL SCHUMACHER KOMA TERJATUH BERMAIN SKI DI PERGUNUNGAN ALPS
Michael Schumacher Koma Terjatuh Bermain Ski Di Pergunungan Alps

Michael Schumacher Koma Terjatuh Bermain Ski Di Pergunungan Alps. Bekas juara tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher, menjalani pembedahan otak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis, awal pagi Isnin. Schumacher, 44, yang mengumumkan bersara dari sukan F1, kini dilaporkan dalam koma dan terpaksa menjalani pembesahan neuro.

“Keadaannya kini kritikal,” demikian menurut Hospital Grenoble di selatan Perancis dalam satu kenyataan. Schumacher dilaporkan bermain ski bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di pusat peranginan Meribel Resort, di mana mereka mempunyai hartanah di sana sebelum terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu. Ikuti kisah lanjut Schumacher Koma Selepas Terjatuh Bermain Ski Di Pergunungan Alps Perancis.

Beliau telah dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah helikopter, tetapi jurucakap untuk resort ski tersebut berkata kecederaan Schumacher tidak begitu serius. Bagaimanapun, Schumacher dipindahkan ke Grenoble kerana kecederaannya dilaporkan serius daripada yang disangka sebelum ini.

Semoga Michael Schumacher akan cepat segera pulih. Seluruh dunia pasti mengharapkan agar beliau kembali sihat seperti sediakala. Harap Michael Schumacher akan terus kuat melawan sakitnya itu. Michael Schumacher Koma Terjatuh Bermain Ski Di Pergunungan Alps.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets