1/27/2014

Dunia Hiburan Bollywood Kecoh Shah Rukh Khan Cedera

DUNIA hiburan Bollywood kecoh apabila bintang popularnya, Shah Rukh Khan (SRK) alami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem terbarunya, Happy New Year.

Dikatakan kecederaan tangan kirinya itu berpunca daripada serpihan kaca dari pintu yang dipecahkan semasa penggambaran dijalankan.

Kejadian itu membuatkan kru yang bertugas panik dan terus membawa pelakon itu mendapatkan rawatan doktor dan disahkan luka yang dialaminya tidak serius.

Biarpun tidak serius, namun kecederaannya mendapat perhatian seluruh peminatnya di India dan itu membuktikan bahawa SRK benar benar disayangi. sumber sinarharian

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets