2/16/2014

Mumia Berusia 3600 Tahun Di Temui

SEBUAH keranda kayu yang dihiasi lukisan bulu pelepah dan menempatkan mumia dipercayai milik individu berpengaruh berusia 3,600 tahun.

Penemuan itu dibuat oleh sekumpulan ahli arkeologi Sepanyol bersama pakar antikuiti Mesir yang melakukan kerja penggalian berhampiran makam Djehuty yang merupakan pemegang harta Permaisuri Hatshepsut di Luxor.

Ketua Jabatan Antikuiti Mesir, Ali Al-Asfar berkata, keranda kayu yang masih dalam keadaan baik itu berasal dari zaman dinasti firaun ke-17 pada tahun 1,600 sebelum Masihi.

"Keranda tersebut berukuran sepanjang 242 sentimeter dan warna serta ukiran hieroglif pada permukaannya masih belum pudar.

"Kami turut menemui dua kubur lain tetapi ia dipercayai telah dirompak pihak tidak bertanggungjawab," jelasnya lagi, menurut laporan DailyMail.

Difahamkan, kerja penggalian tersebut dilakukan sejak 13 tahun lalu dan banyak artifak berharga telah ditemui termasuk keranda kayu menempatkan mumia kanak-kanak dari dinasti firaun ke-17.
sinarharian

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets