2/19/2014

Muslim di Republik Afrika Tengah dibunuh kejam

REPUBLIK AFRIKA TENGAH - Umat Islam di Republik Afrika Tengah telah menjadi sasaran militian Kristian di republik tersebut.

Sasaran tersebut telah mencetuskan tragedi berdarah, di mana telah menyebabkan kematian ramai umat Islam yang tidak bersalah dan berdosa, dedah sebuah agensi bantuan kemanusiaan.

Ekoran tragedi itu, ribuan umat Islam telah melarikan diri dari negara tersebut.

Menurut Muslim Association of Britain (MAB, Persatuan Muslim Britain), mereka sudah memberi amaran bahawa keganasan ini juga boleh membawa kepada bencana kebuluran dan keruntuhan ekonomi.

MAB turut melahirkan kekecewaan dan kebimbangan mereka mengenai pergolakan politik, keganasan dan pembunuhan yang sedang berlaku di Republik Afrika Tengah itu.

Kumpulan hak asasi manusia telah melaporkan bahawa lelaki Islam, wanita dan kanak-kanak telah menjadi sasaran secara sistematik dan dipaksa keluar daripada rumah mereka dengan kejam, dirogol dan diseksa .

Di samping itu, harta mereka telah dicuri oleh kumpulan pengganas yang dianjurkan militian Kristian, dakwa agensi itu.

Para pelarian yang melarikan diri ke negara-negara Afrika yang lain ini terdiri daripada mereka yang miskin. Kesannya, tragedi ini berpotensi menyebabkan bencana kemanusiaan dahsyat, ujar mereka.

Menurut Naib Presdien MAB, Ameena Blake, beliau memahami bahawa keganasan yang berlaku atas nama agama Kristian ini tidak bererti mencerminkan sikap majoriti Kristian di rantau itu, di mana sebahagiannya memberi perlindungan kepada umat Islam di gereja-gereja mereka.

"Kami menggalakkan orang ramai di rantau ini untuk terus menyokong satu sama lain, untuk mencegah gelombang baru pembunuhan beramai-ramai," katanya.

MAB membuat rayuan kepada kerajaan British untuk menggunakan kuasa politik mereka untuk membantu menyelesaikan krisis yang amat buruk yang mengancam Republik Afrika Tengah.

PBB telah memberi amaran bahawa 1.3 juta daripada 4.6 juta penduduk di negara ini memerlukan bantuan makanan segera. Adalah penting untuk bertindak sekarang kerana tiada siapa yang ingin melihat satu lagi negara miskin dilanda rusuhan awam dan keganasan politik.sinarharian

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets