3/12/2014

4 Elemen Rungkai Misteri MH370


SEPANG - Polis semalam mendedahkan pasukan penyelamat kini memberi fokus kepada empat elemen utama mengenai kehilangan Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada Sabtu lalu yang sehingga kini tiada sebarang jejak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, empat elemen yang diberi tumpuan itu menjurus kepada unsur rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan masalah peribadi dalam kalangan penumpang serta anak kapal.

Menurut beliau, satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kesemua elemen itu dengan pasukan itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

"Siasatan dari pelbagai sudut sedang dilakukan dan kita sedang bekerjasama dengan rakan-rakan risikan dari 14 buah negara termasuk Jerman dan Iran yang memberi bantuan.

"Saya katakan masalah peribadi dan psikologi kerana sebagai contoh kita melihat jika ada antara 12 anak kapal atau 227 penumpang itu membeli insurans hayat berpampasan tinggi yang seterusnya memberi manfaat kepada ahli keluarga mereka jika berlaku sesuatu kemalangan," kata beliau pada sidang akhbar di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini semalam.kosmo

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets