3/11/2014

Adakah MH370 patah balik ke arah Subang?

Pihak berkuasa kini melihat kemungkinan sama ada pesawat MH370 cuba berpatah balik ke arah Lapangan Terbang Subang.

Malaysia Airlines (MAS) berkata, pasukan mencari dan menyelamat meluaskan skop mereka melebihi laluannya.

“Fokus sekarang pada Semenanjung Barat Malaysia dan Selat Melaka.

“Kesemua sisi diperhatikan. Kami tidak akan menolak sebarang kemungkinan,” kata MAS dalam kenyataan.

Misi itu dibantu pelbagai negara seperti Australia, China, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Amerika Syarikat.

Setakat ini, sembilan pesawat dan 24 kapal dikerahkan bagi menjayakan misi itu.

sumber malaysiakini

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets