3/07/2014

Di Buang Keluarga Kerana Berpenyakit

BANDUNG, Jawa Barat - Seorang wanita Indonesia berusia 46 tahun di sini menderita selepas hampir keseluruhan tubuh badan termasuk mukanya dipenuhi ketumbuhan seperti bintil.

Lebih memilukan, wanita yang dikenali sebagai Sarotin itu telah dibuang oleh ahli keluarganya sendiri yang malu dengan keadaan anak mereka.

Sarotin mula menghidap penyakit kulit itu sejak tiga tahun lalu dan terpaksa meminta sedekah untuk menyara hidupnya.

Wanita itu pernah menjalani pembedahan yang dibiayai oleh kerajaan tempatan bagi membuang ketumbuhan seberat 70.5 kilogram itu, tetapi tumor tersebut tumbuh semula.

Separuh dari mukanya turut terjejas apabila terdapat satu ketumbuhan besar yang tumbuh sehingga menutup sebahagian penglihatannya.

Wanita malang itu mendakwa, dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan perubatannya dan sangat berharap untuk sembuh serta menjadi seperti wanita-wanita cantik yang lain. -Agensi

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets