3/17/2014

Kehilangan MH370 Terus Menjadi Misteri

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370 masuk hari ke-9 hari ini. Berdasarkan sidang media Perdana Menteri semalam, ada petunjuk baharu yang dapat membantu mengesan pesawat yang hilang bersama 239 penumpang, termasuk 12 kru itu.

Sejak kehilangan MH370 Sabtu lalu, banyak teori dikemukakan termasuk oleh pakar penerbangan dan nahas pesawat dari seluruh dunia.

Malangnya kehilangan pesawat MH370 terus menjadi misteri. Sungguh pun operasi itu setakat ini belum berhasil, kita harap semua pihak terbabit dalam operasi itu tidak putus asa walaupun menerima pelbagai tekanan, termasuk menyalahkan Malaysia.


Tidak wajar sama sekali mereka menyalahkan Kerajaan Malaysia kerana operasi yang dilancarkan itu membabitkan 15 negara dengan menggunakan pelbagai aset canggih, termasuk satelit.

Sekarang bukan masanya menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Yakinilah kerajaan Malaysia melakukan yang terbaik demi keselamatan penumpang dan krunya.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets