3/09/2014

Lagi kes pasport palsu dikenal pasti Senarai penumpang Pesawat


Satu lagi kes disyaki pasport palsu dikenal pasti dalam senarai penumpang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang di perairan Vietnam pagi semalam.

Dilaporkan, warganegara China daripada Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.

Dilaporkan juga bahawa polis menemui ketidakselarasan antara nombor pasport dan nama.

Awal hari ini, perisikan Amerika Syarikat (AS) dilapor menyiasat kejadian dua penumpang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat ke Beijing itu.

Ia melibatkan penumpang daripada Austria dan Itali. MK

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets