3/20/2014

MH370: Australia Siasat Objek Yang Disyaki Sebagai Sebahagian Pesawat


Pasukan Austalia menjalankan operasi memeriksa kawasan di kawasan selatan Lautan Hindi selepas satelitnya mengesan dua objek yang disyaki sebagai bahagian kapal terbang di lokasi tersebut.

Pihak berkuasa maritim Austalia menyebut, menyatakan ada di antara objek berkenaan dikesan sebesar 24 meter.

Ia dikesan pada kedudukan 2,500 kilometer dari barat daya Perth di pantai barat negara itu, kata pengurus besar badan tersebut John Young dalam sidang media yang dipancarkan melalui Internet.

Terdahulu, perdana menterinya Tony Abbott yang berucap di parlimen negara itu pesawat Orion milik Australia dikerah ke kawasan tersebut untuk mengesan objek berkenaan, lapor laman BBC.

"The Australian Maritime Safety Authority menerima maklumat berdasarkan maklumat satelit mengenai objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.

"Susulan analisis oleh pakar ke atas imej satelit ini, dua objek berkaitan pencarian tersebut dikenalpasi,” katanya sepeti dipetik dalam laporan tersebut.

Kawasan di selatan Lautan Hidi merupakan salah satu daripada dua zon yang menjadi tumpuan operasi mencari dan menyelamat selepas penyiasat mendapati pesawat MH370 dilencongkan dari laluan asal dengan sengaja.

Katanya, beliau mengumumkan perkara itu di parlimen hari ini walau penemuan tersebut mungkin tiada kaitan dengan pencarian MH370.

“Saya ingin beritahu dewan – dan kita perlu sentiasa ingat – usaha mengesan objek ini amat sukar dan mungkin akhirnya ia tiada kaitan dengan penerbangan MH370.

"Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada ewan mengenai perkembangan yang mungkin penting ini,” katanya seperti dipetik laporan The Guardian.

Sementara itu, pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan tersebut dianggap sebagai petunjuk baru bagi operasi mencari dan menyelamat ke atas pesawat membawa 239 orang itu.

“Saya boleh sahkan kita ada petunjuk baru... dan saya akan bertemu perwakilan Australia sekarang,” katanya seperti dipetik agensi berita Reuters.

Pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 itu kini masuk hari ke-12.

-malaysiakini

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets