3/18/2014

MH370: Kerajaan fokus kepada empat aspek terbaharu


SEPANG - Hasil kerjasama mengumpulkan maklumat terbaharu yang diperoleh pihak kerajaan dan negara-negara luar membuahkan penemuan maklumat tambahan bagi membantu menamatkan misteri kehilangan MH370.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, pihaknya telah menetapkan fokus terbaru dalam usaha mengesan pesawat terbabit.

"Kami telah mensasarkan empat aspek terbaru dalam usaha pencarian MH370, antaranya mengumpulkan maklumat dari pengawasan satelit dan menganalisa data dari radar.

"Kami juga akan mempertingkatkan aset udara dan juga pakar teknikal bagi melancarkan usaha menjejak pesawat itu dan juga bagi memastikan penyaluran maklumat dengan betul kepada pihak media dan masyarakat," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Mengulas tentang perkembangan usaha menjejak pesawat terbabit, beliau mengesahkan bahawa kerajaan Indonesia dan Australia kini mengetuai carian pesawat di sekitar koridor Selatan.

Manakala China dan Kazakhstan akan mengepalai pencarian pesawat di sekitar koridor Utara.

-sinarharian

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets