3/10/2014

Misteri Kehilangan MH370 Kemungkinan Ia Dirampas


Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) masih tidak menolak sepenuhnya kemungkinan pesawat MH370 telah dirampas oleh pengganas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pada peringkat ini, pihaknya masih melihat kepada kesemua kemungkinan dan tidak hanya terhadap beberapa aspek tertentu sahaja.

“Wujud juga persoalan kapal tersebut dirampas, yea, kita tidak menolak kemungkinan (rampasan) kerana kita sedang melihat kepada semua kemungkinan,” katanya pada sidang akhbar harian di Sepang, sebentar tadi.

Kemungkinan berlaku serangan pengganas di udara tidak ditolak kerana wujud dua penumpang misteri yang mengembara menggunakan pasport curi milik pihak lain.

Bagaimanapun, andai benar berlakau rampasan, setakat ini belum ada sebarang tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak.

Malah, secara jujur, agak sukar untuk dikatakan ia dirampas kerana sudah pasti ia akan muncul di radar banyak negara andai ia diterbangkan ke arah lain.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.

sumber terengganutoday

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets