3/08/2014

Nenek terkejut cucu hilang bersama pesawat

PASIR MAS: Nenek pembantu juruterbang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang, Halimah Abdul Rahman, 84, terkejut dimaklumkan cucunya, Fariq Abdul Hamid, 27, terbabit dalam insiden itu.
Halimah berkata, dia hanya mengetahui perkara itu daripada anak perempuannya yang tinggal bersebelahan rumahnya di Kampung Perangkap, Bunut Susu, di sini pada jam 10 pagi tadi.

"Sejurus dimaklumkan perkara itu saya sangat terkejut kerana tidak menyangka cucu saya antara yang terbabit dalam kejadian itu.

"Saya mengucap tidak berhenti memohon kepada Allah supaya dia (cucu) dan penumpang lain selamat," katanya yang sedang terlantar di rumah kerana demam sejak dua minggu lalu.

Nenek kepada 42 cucu itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan cucunya itu pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.

"Dia seorang yang baik, patuh pada orang tua dan kuat agama. Apa pun saya mengharapkan dia selamat," katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Abdul Aziz Daud, 47, berkata kali terakhir bertemu mangsa dan ahli keluarga di Kuala Lumpur minggu lalu ketika melawat mereka di sana.

Katanya, dia mengetahui mengenai kejadian itu menerusi pada jam 8 pagi tadi daripada keluarga mangsa di Kuala Lumpur.

"Maklumat terakhir saya dapat menerusi wassup daripada ayah mangsa yang memaklumkan masih belum ada perkembangan.

"Malam ini kami dan penduduk kampung akan mengadakan solat hajat sebagai ikhtiar kami di sini memohon semoga segala usaha mencari dan menyelamat," katanya.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets