3/13/2014

Parodi Bomoh: Kalimah Allah Jadi Mainan Di Media Sosial


Susulan tersebarnya video bomoh "zam-zam alakazam" di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370, sebuah video telah diparodikan dan menimbulkan perasaan tidak senang pengguna laman sosial.

Video berdurasi 15 saat itu telah menjadi viral di laman Facebook hari ini.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati, video tersebut memaparkan tiga lelaki dipercayai berbangsa Cina siap dengan topeng tutup mulut turut melaungkan perkataan yang menyerupai kalimah ALLAH.

Seorang pemilik akaun Facebook, Lee BoonHooi juga turut melahirkan rasa tidak senang terhadap video tersebut.

"Hey, jangan menggunakan kata-kata atau bunyi yang sama.

"Ia akan menyebabkan masalah yang sangat teruk. Sila padamkan video tersebut," tulisnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pemilik Facebook, Shen Wen Tan turut menggesa pihak yang berkaitan dengan video tersebut mempunyai sikap prihatin sebelum memaparkannya yang akan melibatkan sensitiviti kaum lain.

"Saya faham anda mahu tunjuk bomoh itu, tapi sila pertimbangkan untuk keluarkan video ini.

"Walaupun anda tidak bermaksud untuk mengutuk agama lain, namun ia seakan seperti itu. Perkara bomoh tiada kaitan dengan agama Islam sebenar.

"Kita bimbang dengan MH370, banyak cara lain yang boleh kita bantu selain membuat video ini," tulisnya. sinarharian

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets