3/14/2014

Pembikinan Filem 'Fast & Furious 7' Disambung Akhir Bulan Ini


Universal Studio mengesahkan bahawa proses pembikinan filem Fast & Furious 7 akan disambung semula akhir bulan ini.

Proses pembikinan tertunda selepas kematian pelakon utama Paul Walker dalam sebuah kemalangan jalan raya  pada November lalu.

Semua krew produksi dan pelakon sudah sedia untuk kembali bekerja pada 31 Mac ini, lapor contactmusic.com.

Filem ini dijangka akan berada di pawagam pada 10 April 2015.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets