3/18/2014

Pereka Fesyen Terkenal Di Temui Mati Bunuh Diri


SEORANG pereka fesyen terkemuka telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di sebuah pangsapuri miliknya di bandar Manhattan, New York pagi semalam.

L'Wren Scott yang juga seorang model dan pendandan rambut terkenal dijumpai oleh pembantunya dalam keadaan tergantung pada sebuah pintu dan terjerut dengan sebuah skarf.

Menurut pembantunya, Scott telah menghantar sebuah teks pesanan ringkas kepadanya 90 minit sebelum kejadian dan memintanya untuk datang ke apartment wanita tersebut namun dia tidak diberitahu mengapa dia di minta untuk ke sana.

Teman lelaki Scott, Mick Jagger melahirkan rasa terkejut dengan berita yang diterimanya.

Menurutnya, Scott tidak menunjukkan kemurungan atau rasa tertekan sebelum ini.

Sementara itu, jurucakap Jagger meminta pihak media memberikan ruang kepada keluarga dan rakan-rakannya.

"Jagger terlalu terkejut dan kecewa dengan berita ini, berikanlah sedikit privasi untuk dia dan keluarga mereka," katanya.

Dalam pada itu, siasatan polis mendapati tiada sebarang nota bunuh diri ditinggalkan oleh Scott dan pihaknya tidak menjumpai sebarang bukti yang boleh mengaitkannya dengan perbuatan khianat.

Scott sebelum ini pernah mereka pakaian untuk selebriti terkemuka seperti Madonna, Nicole Kidman, Oprah Winfrey,Penelope Cruz dan Michelle Obama.

-sinarharian

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets