3/18/2014

Pesawat MH370 Terbang Ke Kawasan Dikuasai Taliban?


NEW DELHI - INDIA. Media Barat melaporkan, pesawat MH970 yang masih hilang kini dipercayai terperangkap  di sebuah pangkalan di sempadan antara Afghanistan dan barat Pakistan.

Difahamkan, kawasan itu adalah kubu kuat pejuang Taliban.

“Pesawat Boeing 777 berkenaan dirampas untuk kegunaan akan datang. Ia berdasarkan perbualan akhir yang tidak diketahui identiti mereka, sama ada juruterbang atau seorang individu lain,’ menurut The Independent.

Kawasan berkenaan dipaparkan selepas kerajaan Malaysia menyatakan pesawat berkenaan berkemungkinan berada di sekitar Lautan Hindi di koridor utara.

Jika benar dakwaan itu, ini bermakna pesawat berkenaan berada sama ada di Afghanistan, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan atau Tajikistan selepas mereka mengesyaki berlaku plot rampasan selepas transponder dinyahaktifkan.

-sinarharian

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets