3/12/2014

Pihak Berkuasa Malaysia Di Kritik Pakar Penerbangan


Pihak berkuasa Malaysia menjadi sasaran kritikan pakar penerbangan kerana menyalurkan apa yang dipercayai sebagai spekulasi mengelirukan berhubung pesawat MH370.

Memetik peguam yang pernah terlibat dalam insiden lain sebelum ini, The Guardian melaporkan, ketiadaan maklumat menjadi misteri yang cenderung menyokong tanggapan berlakunya kesilapan.

“Jika pesawat dalam keadaan terkawal, ia sudah tentu akan dikesan radar atau komunikasi radio.

“Kelompongan maklumat ini mencadangkan terdapat kegagalan besar dan ia berlaku secara tiba-tiba,” kata Steve Marks, peguam di firma Amerika Syarikat  Podhurst Orseck, yang mewakili keluarga mangsa dalam insiden SilkAir (1997) dan Air France (2009).

Marks dilapor meragui maklumat yang dikeluarkan Malaysia.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets