3/14/2014

Satelit kesan bunyi pantulan elektronik dari pesawat MH370


Satelit komunikasi mengesan bunyi pantulan elektronik yang kabur dari pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas ia hilang Sabtu lalu, tetapi isyarat itu tidak memberi sebarang maklumat tentang nasib pesawat itu dan haluannya,  demikian menurut dua sumber yang rapat dengan siasatan tersebut semalam.

Tetapi  bunyi "pantulan" elektronik itu menunjukkan bahawa sistem penyelesaian masalah penyelenggaraan pesawat itu dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit, dan ia menunjukkan pesawat itu yang membawa 239 orang, sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara Malaysia.

Sistem itu menghantar bunyi pantulan elektronik itu kira-kira setiap
satu jam, demikian sumber-sumber itu, yang berkata lima atau enam daripadanya kedengaran. Bagaimanapun, pantulan elektronik itu sahaja bukan bukti bahawa pesawat itu berada di udara atau di darat.

Walaupun sistem penyelesaian itu berfungsi, tetapi tiada pautan data telah dibuka, kata sumber itu, kerana syarikat-syarikat yang terlibat tidak melanggan perkhidmatan dari operator satelit.

Boeing Co, pengeluar pesawat 777 yang hilang itu, dan Rolls-Royce, membekalkan enjin Trent itu, enggan mengulas.

Terdahulu, pegawai Malaysia menafikan laporan bahawa pesawat itu telah terus menghantar data teknikal dan berkata tidak ada bukti bahawa ia terbang selama beberapa jam selepas hilang hubungan dengan pengawal trafik udara pada awal pagi Sabtu selepas berlepas dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara itu percaya pesawat tersebut terus terbang selama lima, berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke daratan dari enjinnya sebagai sebahagian daripada program pengawasan standard.

-malaysiakini

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets