3/09/2014

Shila Amzah Luah Rasa Simpati Insiden Pesawat MH370

Penyanyi Shila Amzah menzahirkan rasa simpati terhadap insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dalam pernerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pagi Sabtu.

Shila, 25, berkata, dia sering menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut untuk berulang-alik dari Beijing ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

"Saya sangat berasa simpati atas kejadian ini dan berdoa agar semuanya selamat, saya merupakan salah seorang penumpang MAS yang sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Insiden ini membuatkan saya terfikir jika itu adalah pesawat yang saya naiki...," tulisnya di laman sosial Instagram pada Sabtu.

Tambah Shila, dia berharap agar mana-mana pihak tidak mempermain dan mempersendakan kejadian tersebut.

"Saya harap tiada lagi yang mengeluarkan kenyataan dan komen yang mempermainkan insiden ini, lebih baik diam daripada memberi komen yang memburukkan keadaan," katanya.

Sementara itu, pada pagi Sabtu, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014.

MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets