3/17/2014

Suami Terkejut Dapat SMS Dari Isteri Kena Culik


MELAKA - Seorang lelaki terkejut menerima mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada isterinya yang memaklumkan dia disamun dan diculik di hadapan sebuah bank dekat Malim di sini, petang kelmarin.

Selepas menerima SMS tersebut, lelaki itu lantas bergegas ke tempat kejadian namun hanya kereta Proton Iswara Aeroback sahaja yang ditemui di tempat letak kereta tetapi isteri tiada di situ.

Menurut sumber, SMS itu menyatakan dia telah diragut dan dibawa masuk ke dalam sebuah kereta, sebelum dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

“Suami mangsa yang bekerja di Sungai Rambai, Jasin balik ke rumah mereka di Durian Tunggal, Alor Gajah selepas membaca SMS yang diterima kira-kira jam 3.30 petang.

“Melihat isterinya tiada, dia terus ke Malim sebelum menemui kereta isterinya di tempat letak kereta di hadapan sebuah bank,” kata sumber itu.

Sumber berkata, lelaki tersebut memerika kereta itu dan menemui beg tangan dan kunci kereta.

Dia kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Malim, kira-kira jam 9.15 malam.

-Sinarharian

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets