3/05/2014

Suspek Buang Al-Quran Dalam Tandas Di Masjid Dikenalpasti

 Pelaku kes buang Al-Quran dalam tandas Masjid Limbongan, Besut telah dikenalpasti dengan tertangkapnya seorang lelaki di Kampung Pengkalan Teras, Keluang malam tadi. Lebih mengejutkan, lelaki berusia 28 tahun itu juga mengaku pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Namun begitu, dari maklumat terkini yang diterima, seorang pemuda mengaku sebagai sepupu suspek telah mengeluarkan kenyataan di FB beliau dan telah membuat pengesahan bahawa suspek seorang pesakit mental.

Dalam kejadian semalam, suspek pulang ke rumah dengan kaki yang berdarah dan memberitahu keluarganya dia kemalangan. Suspek telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan pihak hospital memaklumkan kecederaan itu akibat terkena serpihan kaca.

Setelah didesak, suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan kini berada dalam tahanan polis.

Sepupu suspek juga meminta supaya orang ramai tidak lagi menjadikan suspek sebagai sasaran maki hamun. Beliau juga mengharapkan doa orang ramai supaya sepupunya itu kembali normal seperti sebelum ini...sumber .http://terengganutoday.com

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets