3/12/2014

TUDM kesan pesawat tak dikenali


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan sebuah pesawat yang tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.

“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Rodzali berkata pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliau menafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.

Ia turut menjelaskan tumpuan aktiviti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang kini digerakkan ke selatan Thailand dan Laut Andaman. malaysiakini

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets