4/14/2014

Bayi 9 bulan bebas tuduhan bunuh


ISLAMABAD - PAKISTAN. Mahkamah di bandar Lahore menggugurkan kes bayi berumur sembilan bulan didakwa merancang pembunuhan, mengugut polis dan mencampuri hal ehwal kerajaan.

Peguam Irfan Sadiq memaklumkan, keputusan tersebut dibuat selepas polis mengaku tuduhan tidak berasas ke atas Muhammad Musa Khan berpunca daripada kesilapan manusia.

"Dakwaan terhadap datuk bayi itu, Muhammad Yasin dan tiga anak lelakinya masih kekal," katanya dipetik Al-Jazeera

Kesemua mereka didakwa cuba membunuh anggota keselamatan selepas pertempuran antara pihak berkuasa dan penduduk setempat.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets