Skip to main content

Budak 15 tahun ketua geng samun


BUKIT BERUANG - Polis menumpaskan sekumpulan geng samun terdiri daripada remaja belasan tahun dengan penahanan tujuh suspek termasuk mastermind kumpulan.

Penahanan kesemua remaja berusia antara 15 dan 18 yang dikenali sebagai Geng Amir itu dipercayai dapat membantu menyelesaikan sekurang-kurangnya 80 kes ragut dan samun yang dilaporkan di Bandaraya Melaka sejak November lalu.

Kejayaan hasil daripada tindakan polis memberkas ketua kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Amir, 15,  di rumahnya di Padang Temu, yang turut menyaksikan penemuan beberapa telefon bimbit dipercayai merupakan hasil samun.

Turut dirampas sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Selain terbabit dalam kes samun dan ragut jalanan, polis mempercayai kumpulan itu turut terbabit dalam kejadian samun kedai dan rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, susulan siasatan terhadap ketua kumpulan itu, polis berjaya menahan enam lagi ahli kumpulan di Semabok, Padang Temu, Kandang dan Duyong.

Beliau berkata, kumpulan itu menjadikan wanita serta pelancong sebagai sasaran, di mana kawasan pilihan mereka termasuk di Jonker Walk, Taman Melaka Raya, Peringgit dan Jalan Bendahara.

“Kesemua suspek kini direman  tujuh hari di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan termasuk untuk mengenal pasti sama ada kumpulan ini turut merekrut pelajar sekolah untuk sama-sama menjalankan jenayah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Negeri di sini, semalam.

Difahamkan, enam daripada ahli kumpulan itu telah berhenti sekolah dan cuma seorang daripada suspek berusia 16 tahun masih bersekolah.

Raja Shahrom berkata, penahan ketua kumpulan itu adalah susulan satu siasatan polis berikutan laporan seorang jurujual wanita yang menjadi mangsa ragut jalanan pada 13 Mac lalu.

Menurutnya, wanita berkenaan sedang membonceng motosikal bersama seorang rakan apabila dua lelaki secara tiba-tiba datang dari arah belakang mereka dan meragut beg tangan wanita berkenaan.

“Susulan laporan ini, kita telah menjalankan siasatan dan kita mengesyaki kesemua samun jalanan dilaporkan dilakukan kumpulan sama.

Hasilnya kita berjaya menahan ketua kumpulan ini dan kemudiannya enam lagi ahli kumpulan berkenaan,” katanya.

Sementara dalam perkembangan lain, polis turut menahan empat lelaki Ahad lalu kerana didakwa terbabit dalam mencuri dan menjual kereta mewah.

Antara yang ditahan termasuk seorang guru berusia 33 tahun yang didakwa membeli sebuah kenderaan Toyota Estima dipercayai dicuri dengan harga RM30,000.

"Selain itu, seorang pensyarah berusia 24 tahun turut direkod kenyataannya kerana didakwa hanya membayar RM30,000 untuk sebuah kereta Honda Civic," katanya.

Susulan penahan mereka, katanya, polis turut merampas dua Toyota Estima, sebuah Honda Civic, sebuah Subaru Impreza serta sebuah kereta BMW 3 Siri.

Menurut Raja Shahrom, siasatan awal polis mendapati kenderaan terbabit telah dicuri di negeri lain sebelum ia ditukar nombor pendaftaran dan dijual di negara lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

-sinarharian

Popular posts from this blog

10 Selebriti Yang Kelihatan Lebih Muda Berbanding Usia Mereka

Selebriti Yang Kelihatan Lebih Muda Berbanding Usia Mereka








Video Wanita Di Rejam Dengan Batu

Sebuah video yang katakan dari kumpulan ISIS di Syria menunjukkan seorang wanita rejam dengan batu hingga mati oleh bapanya sendiri, setelah dituduh berzina.

Rakaman ini difahamkan telah dirakamkan di bandar Hama dan menunjukkan seorang lelaki berjanggut mengatakan kepada wanita itu dalam bahasa Arab dan menuduh zina.

Perempuan ini berpaling kepada ayahnya dan memohon "harap ayah" dan "maafkan saya" tetapi ia menolak, dengan mengatakan ia adalah hukuman yang ditetapkan oleh Allah.

Dia kemudian berpaling kepada dan memberi isyarat untuk melaksanakan hukuman keatas anak perempuannya itu.





Kisah Peninju Wanita Cantik Dari Jepun Memeluk Islam

Hidayah adalah anugerah yang datang tanpa disangka-sangka. Hal ini dirasakan oleh Chika Nakamura, seorang peninju wanita asal negeri sakura. Chika lahir dan dibesarkan di Jepun, dengan masa kecil yang bahagia, diasuh oleh orang tuanya yang dengan sangat berdisiplin. Ia belajar di sekolah yang bagus, mengikuti kegiatan ekskul, bermain dengan rakan-rakan; bermain bola dan plastisin (playdough) setiap hujung minggu.

Ia adalah tipikal anak Jepun yang sangat dimanjakan secara material. "Namun ada yang hilang saat itu, yakni komunikasi anak dengan orang tua di dalam keluarga," ungkapnya. Padahal, ia telah melewati masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya. Semasa menginjak masa remaja, Chika bersekolah di sekolah di sukainya. Tapi ia tetap merasa ada yang hilang, iaitu passion-nya. "Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu," hatinya bertanya-tanya.

Apabila usia meningkat 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi ke UK. Ia cuba hidup berdikari, men…