4/30/2014

Cemburu Tak Bertempat Rempuh Restoran Kerana Bekas Kekasih


GARA - GARA cemburu , seorang lelaki di London bertindak merempuh restoran makanan Itali selepas mendengar khabar angin bahawa pemiliknya menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya .

Bekas jutawan hartanah , Christopher Brassington , 39 , dipercayai merampas kunci Toyota Hilux milik bekas rakan perniagaannya , Nigel Coxan dan meninggalkan pub yang menjadi tempat pertemuan mereka dalam keadaan marah pada Januari tahun lalu .

Tindakan melulu Brassington turut menyebabkan restoran Rinaldi kepunyaan Glyn Margrave di Wakefield , West Yorkshire mengalami kerugian lebih 120,000 pound ( RM660 , 000 ) .

Memetik laporan DailyMail Brassington mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk memandu secara melulu dan berada di bawah pengaruh alkohol ketika dibicarakan di Mahkamah Leeds Crown .

Bagaimanapun , peguam beliau , Johnny Watson mendakwa , tertuduh bertindak sedemikian bukan kerana cemburu tetapi mungkin akibat masalah mental .

Susulan daripada itu , mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan lesen memandunya digantung selama 18 bulan .

Difahamkan , Brassington pernah meraih keuntungan berjuta-juta ringgit ketika dia memegang portfolio hartanah pada 1990 - an .

Namun , perniagaannya jatuh merudum akibat bebanan hutang hingga menyebabkan tertuduh terpaksa menjalani rawatan psikiatri .

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets