4/16/2014

Feri Karam: Bilangan mangsa meningkat


SEOUL - KOREA SELATAN. Pengawal pantai Korea Selatan memaklumkan bahawa lebih daripada 300 orang telah dilaporkan hilang dalam tragedi feri tenggelam yang berlaku di luar Pulau Byeongpoong.

Bilangan tersebut sekaligus menjadikan peningkatan mendadak bilangan mangsa yang hilang sepertimana  yang telah diumumkan sebelum ini.

Terdahulu, seramai 164 daripada 477 penumpang berjaya diselamatkan selepas feri itu karam Rabu lalu.

Manakala dua mangsa telah disahkan meninggal dunia, lapor Reuters.

Kementerian Keselamatan dan Pentadbiran Awam Korea Selatan melaporkan, 368 orang telah diselamatkan dan kira-kira 100 lagi masih hilang.

Namun, pihaknya berkata, angka-angka tersebut bukan angka yang tepat.

-sinarharian

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets