4/20/2014

Kejadian Pelik Luar Biasa Selepas Kemalangan Keatas Wanita Ini


BESUT - Seorang remaja, Noraini Ismail yang pernah menggemparkan negara dua tahun lalu kerana boleh bertutur bahasa Korea secara tiba-tiba selepas terlibat kemalangan pada Januari 2012 kini rindu untuk bertutur semula loghat daerah.

Noraini yang kini berusia 19 tahun sehingga kini langsung tidak boleh bertutur loghat Besut, selepas kemalangan tersebut, sebaliknya boleh berbahasa Korea manakala perbualan hariannya menggunakan bahasa Melayu.

Bagaimanapun, kini dia sudah tidak boleh berbahasa Korea, tetapi tetap tidak boleh bertutur loghat Besut menyebabkan dia amat merindui untuk bercakap bahasa itu terutama dengan ahli keluarga dan kawan-kawannya.

“Saya teringin nak cakap loghat Besut balik, tapi nak sebut ‘mak’ dalam loghat daerah ‘mok’ pun susah. Sekarang saya panggil mak mama sahaja sejak kemalangan dulu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Gong Medang, di sini.

Noraini berkata, dia sendiri tidak tahu mengapa lidahnya 'keras' untuk bercakap loghat Besut selepas kemalangan itu walaupun orang sekeliling bertutur loghat daerah.

Katanya, dia berusaha untuk bercakap dan meniru percakapan menggunakan loghat daerah yang menjadi komunikasi hariannya sejak 17 tahun lalu, namun akibat kemalangan tersebut segalanya berubah.

Anak kepada pekerja kilang papan itu bagaimanapun bersyukur kerana kemalangan motosikal yang dialaminya hanya menjejaskan bahasa pertuturannya.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets