4/29/2014

Kembar Unik Popular Dengan Gelaran The Sisters Spider


PASANGAN  kembar siam, Shivanath dan Shivram Sahu dari Raipur di tengah India digelar pasangan istimewa kerana selepas 12 tahun mereka masih bersama.

Mereka yang menjadi kebanggaan penduduk kampung itu bergerak seperti labah-labah dengan cara mengesot untuk ke sekolah dan melakukan aktiviti harian.

Bapanya, Raj Kumar, 45, berkata, anaknya itu berkongsi pinggang, perut, hati, kaki dan mempunyai empat tangan.

“Mereka menyikat rambut, menggosok gigi dan melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain bersama-sama, “ katanya yang dipetik Dailymail

Menurut Shivram, dia tidak mahu dipisahkan  dan mahu kekal seperti itu sehingga tua.

Setiap hujung minggu, pasangan kembar yang lebih popular digelar The Sisters Spider akan melakukan persembahan di Dreamland Circus dan meraih pendapatan RM140 semalam.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets