4/19/2014

Mayat budak jatuh longkang ditemui terapung


Ampang Jaya: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang terjatuh longkang di tepi sekolahnya di Kampung Melayu, Ampang, di sini Rabu lalu, ditemui terapung di Empangan SMART Kampung Berembang, Jalan Ampang, semalam.

Mayat Khairul Azrin Abdul Razak, pelajar Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Ampang ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada jam 4.45 petang di loji berkenaan yang terletak kira-kira 2 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Pihak polis kemudian menghubungi keluarganya untuk proses pengecaman dan abang sulung mangsa, Mohd Asyraf Abd Razak, 27, mengesahkan mayat itu adalah adiknya berdasarkan gelang getah jenama Kappa yang dipakai pada tangan kanan serta dompet jenama Polo yang ditemui dalam poket seluarnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, pada Rabu lalu, Khairul Azril dipercayai terjatuh ke dalam longkang di sekolahnya sebelum dihanyutkan arus deras di Sungai Ampang.

Difahamkan mangsa terjatuh longkang ketika hendak mengambil bola takraw yang jatuh ke dalam longkang ketika sedang bermain dengan beberapa rakannya.

-Berita Harian

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets