4/17/2014

Pemandu Kereta Mengamuk Main Langgar-Langgar


Butterworth: Suasana di Jalan Raja Uda, di sini, kecoh selepas orang ramai di kawasan itu dikejutkan dengan tindakan seorang pemandu secara-tiba mengamuk melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapannya.

Kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang, Isnin lalu berpunca salah faham antara suami isteri.

Video kejadian 55 saat itu juga tersebar melalui laman sosial Facebook menunjukkan kereta Citroen melanggar Toyota Estima berkenaan.

Rakaman itu menunjukkan pemandu Citroen berkenaan pada mulanya menghalang Toyota Estima terbabit sebelum melanggarnya beberapa kali.

KENDERAAN yang terbabit remuk dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth, semalam.

Orang ramai melihat kejadian itu cuba menenangkan pemandu berkenaan bagaimanapun tidak diendahkan sebaliknya terus melanggar Toyota Estima berkenaan.

         

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets