4/18/2014

Shaheizy Sam Lari Dari Peminat?


Akaun Instagram miliknya sejak akhir-akhir ini dilihat kurang aktif. Kira-kira seminggu lalu, beliau mengemas kini status dengan beberapa keping gambar terbaharu. Selepas itu, Shaheizy Sam terus senyap di alam siber.

Tidak seperti artis lain yang ligat berkongsi cerita dan gambar di laman sosial itu, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 sejak akhir-akhir ini seolah-olah menjauhkan diri daripada peminat.
Wajah dan cerita terbaharunya juga tidak kedengaran di sana sini.

Sam juga tidak menyertai beberapa siri program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan sempena ABPBH 2013 sejak beberapa bulan lalu.

Apakah yang membuatkan pelakon Adnan Sempit ini menyepi diri? Adakah Sam sudah bersedia untuk meninggalkan dunia lakonan bagi memberikan tumpuan kepada kerja belakang tabir?

Dihubungi HIP, jawapan yang diberi jejaka berusia 32 tahun ini pastinya melegakan peminat. Rupa-rupanya, Sam sibuk berlakon dan masih belum terfikir untuk meninggalkan dunia lakonan.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets