5/01/2014

Bangkai Paus Seberat 60 Membimbangkan Penduduk


TROUT RIVER, Newfoundland: Bangkai ikan paus biru seberat 60 tan yang terdampar di pantai sebuah pekan kecil di Kanada mencemaskan penduduknya yang takut ia akan 'meletup'.

Bangkai ikan paus biru seberat 60 tan itu hanyut di pantai pekan Trout River, yang terletak di barat Newfoundland dan mengeluarkan bau busuk yang dapat dihidu penduduk pekan itu, kata kerani majlis bandar itu, Emily Butler.

Butler berkata, penduduk bimbang gas metana hasil reputan bangkai itu akan menyebabkan ia meletup.

Ikan paus in salah satu daripada tiga yang ditemui di persisiran pantai barat Newfoundland.

Namun, penyelidik Jabatan Perikanan Kanada Jack Lawson berkata, risiko ikan paus itu akan meletup adalah sangat kecil.

Katanya, gas yang terperangkap dalam ikan paus itu berkemungkinan besar akan keluar sedikit demi sedikit dan bangkai itu akan kempis seperti belon. - AP

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets