5/14/2014

‘Hobi’ liar polis wanita


Atlanta: Seorang wanita terpaksa melepaskan jawatannya sebagai anggota polis Georgia selepas dibuktikan gemar mengadakan hubungan seks ketika bertugas.

Bertugas di daerah Rockdale, Loretta Hernandez, 39, meletak jawatan Sabtu lalu selepas mengaku “perangai peliknya” semakin menjadi-jadi ketika bertugas.

Loretta berkata, dia berasmara dalam sekurang-kurang tiga kejadian, malah pernah terlambat menjawab panggilan dari ibu pejabat semata-mata membolehkan dia menghabiskan ‘aksinya.’

Memetik keterangan Sheriff Rockdale, Michael Camp, media tempatan melaporkan, pada ketika tertentu Loretta mengadakan hubungan seks di dalam kereta peronda, di tempat awam dan masih mengenakan seragam polis.

“Dalam kejadian ketiga, Loretta memuaskan nafsunya di luar kereta peronda yang diparkir di luar kawasan perniagaan yang ditutup,” katanya.


Sementara itu, siasatan menunjukkan Loretta berasmara dengan lelaki sama dalam ketiga-tiga kejadian.

Loretta terpaksa memilih untuk meletak jawatan kerana mengelak dipecat. - Agensi

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets