5/15/2014

Perodua Viva Berlanggar Dengan Pesawat Mas


SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan insiden kereta lapangan terbang jenis Perodua Viva berlanggar dengan bahagian badan pesawat B737-800 miliknya menyebabkan penerbangan MH740 ke Yangon, Myanmar terpaksa ditunda selama 40 minit pagi tadi.

Pengarah Operasi MAS Kapten Izham Ismail berkata jurutera di lokasi segera melakukan pemeriksaan awal dan mendapati tiada kerosakan serius yang boleh mendatangkan risiko terhadap struktur pesawat.

"Bagaimanapun, pesawat berkenaan tidak dibenarkan berlepas agar pemeriksaan lebih lanjut dapat dibuat," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan MAS petang tadi.

Difahamkan pemandu kereta milik vendor berkenaan juga telah diambil tindakan.

Akibat kejadian itu, penerbangan yang dijadual berlepas 10.05 pagi itu terpaksa ditunda dan penumpang dipindahkan ke penerbangan seterusnya pada jam 10.45 pagi.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets