5/22/2014

Sembunyi bawah katil ketika di serbu


Kuala Terengganu: Sebuah premis urut di Jalan Tok Lam di sini yang menyediakan wanita asing bagi menarik pelanggan, diserbu Jabatan Imigresen, kelmarin, dan wanita warga China ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di negera ini.

Ketika serbuan, semua wanita terbabit yang berusia antara 28 hingga 49 tahun sedang melayani pelanggan di premis berkenaan yang berselindung di sebalik perkhidmatan urutan refleksologi dan fisioterapi.

Penolong Pengarah Imigresen Terengganu Mohd Shahrir Khalil berkata, pihaknya menjalankan serbuan di premis berkenaan berdasarkan aduan awam dan hasil risikan pihaknya.

“Dengan kekuatan 13 anggota, kami menjalankan Ops Sayang dan berjaya menahan lapan daripada 33 orang wanita China yang diperiksa kerana tidak memiliki dokumen perjalanan.

“Terkejut dengan serbuan itu, wanita terbabit dikatakan mengambil jalan singkat bersembunyi di bawah katil dan tangga premis bagi mengelak dicekup,” katanya di sini, kelmarin.

Katanya, semua wanita terbabit kemudian dibawa ke Depoh Tahanan Sementara Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Beliau berkata, selain wanita terbabit, pihaknya turut menahan beberapa pelanggan yang berada dalam premis berkenaan untuk siasatan sebelum semuanya dibebaskan selepas diambil keterangan.

Mohd Shahrir berkata, siasatan awal mendapati premis terbabit memiliki lebih 10 bilik dan sebilangan besar menggunakan khidmat wanita warga asing bagi menarik pelanggan selain sudah beberapa kali diserbu namun tidak serik apabila meneruskan kegiatan itu di lokasi sama.

Menurutnya, selain menyediakan perkhidmatan urut, premis terbabit dipercayai turut menyediakan perkhidmatan seks yang dijalankan di luar premis berkenaan.

“Pelanggan yang memerlukan perkhidmatan seks wanita terbabit dikatakan perlu menghubungi talian tertentu untuk tempahan sebelum menjemput wanita terbabit ke lokasi yang dipilih pelanggan,” katanya.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets