5/21/2014

Teknologi mampu ubah kotak minuman jadi atap rumah

Percaya atau tidak, 7,247 kotak minuman yang dibuang mampu menghasil­kan sekeping atap rumah yang tahan lama, serap bunyi dan selamat.

Melalui Projek CAREton, lebih banyak atap rumah mampu dihasilkan jika orang ramai memberikan sumbangan kotak minuman untuk dikitar semula.

Pengurus Alam Sekitar Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd Manjula Murugesan berkata, pihaknya memilih EPIC Home sebagai rakan strategik Projek CAREton tahun lalu.


Beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu bertanggungjawab memba­ngunkan 10 rumah untuk Orang Asli di Kampung Hulu Tamu, Batang Kali, Selangor sejak tahun lalu.

“Daripada 10 yang disasarkan itu, empat siap dibina menggunakan teknologi binaan rumah pasang siap milik EPIC Home,” katanya.

Menurutnya, 46 atap diperlukan bagi setiap rumah dan jumlah itu memerlukan sumbangan besar masyarakat untuk kitar semula.

“Tahun ini, Tetra Pak berikrar menambah 15 rumah untuk Orang Asli dan golongan memerlukan.

“Rancangan baru nanti memerlukan 5 juta kotak minuman terpakai bagi menghasilkan 690 atap,” katanya.

Dalam pada itu, Nuansa sempat singgah ke Kampung Hulu Tamu, Batang Kali, untuk melihat sendiri rumah yang dibangunkan EPIC Home bersama lebih 30 sukarelawan.

Secara kasar, sebuah rumah bernilai RM40,000 itu mampu disiapkan sukarelawan dalam tempoh tiga hari dan dilengkapi bilik, ruang dapur, ruang tamu serta bilik air.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif EPIC Home John-Son Oei berkata, pihaknya mendapat penyertaan dari individu di seluruh dunia yang berminat menjadi sukarelawan.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets