7/08/2014

Jessica Simpson Akhirnya Kahwini Eric Johnson

PENYANYI Jessica Simpson akhirnya mengahwini Eric Johnson pada 4 Julai lalu di San Ysidro, Monecito Calif.

Majalah People melaporkan pasangan itu kelihatan cukup gembira pada hari bahagia berkenaan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat mereka.

"Kami sangat terharu dan gembira dengan perkahwinan ini kerana ia melengkapkan kehidupan kami berdua.

"Berkahwin dihadapan ahli keluarga dan teman rapat dan paling penting anak-anak kami melalui hari yang cukup menggembirakan," kata Jessica.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets