7/10/2014

Remaja di Nepal gantung diri selepas Brazil kalah dalam Piala Dunia


KATMANDU: Seorang remaja bunuh diri di timur Nepal selepas pasukan kegemarannya, Brazil kalah teruk kepada Jerman dalam pertandingan separuh akhir Piala Dunia.

Polis berkata pelajar perempuan tahun ke-10 itu mengalami kemurungan dan gantung dirinya di siling pada pagi semalam di kampung Bharaul, kira-kira 400 kilometer di timur Katmandu.
Remaja itu dikenal pasti sebagai Pragya Thapa. Ibunya menjumpainya tergantung dari siling di dalam biliknya.

Polis sedang menyiasat kes itu dan mayatnya dihantar untuk dibedah siasat. Brazil kalah 7-1 kepada Jerman dalam separuh akhir kelmarin. - AP

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets