7/15/2014

Rozita Che Wan Sudah Penat Berlakon

Pelakon Rozita Che Wan membuat keputusan ingin memperlahankan kerjaya lakonannya kerana ingin memberi fokus dengan syarikat produksi Padusi Picture Sdn Bhd yang baru ditubuhkan pada Mac lalu.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, dia ingin memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga dan perniagaan barunya itu yang ditubuhkan bersama dengan rakan kongsi yang juga merupakan pengurusnya sendiri iaitu Afeeq Abd Wahab.

"Saya dah tak larat nak berlakon dan kalau boleh saya mahu fokus pada anak-anak dan suami selain menguruskan perniagaan tudung Padusi dan syarikat produksi yang baru ditubuhkan.

"Alhamdulillah, setakat ini kami telah menerbitkan sebuah program memasak iaitu Resipi Memikat Suami (siaran Astro Ria) yang dikendalikan oleh Jihan Musa dan kami mendapat respons yang sangat bagus daripada penonton.

Program yang menampilkan pelbagai artis undangan di mana mereka akan memasak untuk makan malam buat pasangan mereka itu kini sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa pada pukul 6 petang.
Dagi, Sherry dan Sabhi turut hadir pada majlis berbuka puasa LOL bersama peminat.

Beritahu Rozita, kerana mendapat respons yang baik, syarikatnya telah diberi peluang oleh pihak Astro menerbitkan sebuah telefilem berjudul Sayang Waklubersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Sementara itu, Rozita bersama tiga lagi selebriti naungan Laugh Out Loud (LOL) iaitu Sherry Ibrahim, Dafi dan Sabhi Sadhi akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama 100 orang peminat di Hotel Royal Bukit Bintang pada 22 Julai ini.

"Inilah masanya kami dapat meluangkan masa bersama peminat-peminat dan bagi yang ingin menyertai kami hantarkan mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada  Rahman (017-3697838) dan Wawa (012-9235911).
"Bayaran yang dikenakan untuk bufet pun berpatutan iaitu sebanyak RM55 sahaja. Siapa cepat dia dapat tau," selorohnya.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets