Skip to main content

Jom Tengok Budak Mempunyai Tangan Gergasi

India: Seorang budak membingungkan doktor di India apabila tangannya membesar seperti tangan gergasi.

Tangan Kaleem, lapan, setiap satu seberat lapan kilogram dan berukuran 13 inci dari pangkal tapak tangan hingga ke hujung jari hantunya.

Kerana keadaan tangannya itu, Kaleem tidak dapat melakukan banyak perkara asas, termasuk mengikat tali kasut dan sering dibuli serta dipinggirkan rakan sebaya.

“Saya tidak ke sekolah kerana guru berkata, murid lain takut melihat tangan saya. Saya dibuli kerana kecacatan saya. Ada yang memukul saya. “Saya sukar memakai baju, membutangnya dan juga memakai seluar. Tetapi saya tidak mahu doktor membedah tangan saya, kecuali ketika saya tidak sedar,” katanya.

Ibu bapanya yang hanya berpendapatan RM100 sebulan, berusaha membantu anak mereka, tetapi sehingga ini tidak berjaya.

Ibunya, Haleema, 27, berkata, dia menyedari kecacatan Kaleem apabila melahirkannya, namun tidak mampu membantu.

“Tangannya begitu besar, jarinya pula panjang. Mulanya, ia kecil saja, tetapi kemudian membesar dan jarinya terus memanjang,” kata Haleema.

Bapa Kaleem, Shamim, 45, juga bimbang anaknya mungkin tidak dapat berdikari.

“Dia tidak boleh makan sendiri kerana tangannya tidak boleh bengkok. Kami yang kena menyuapnya,” kata Shamim.

Dia menyalahkan dirinya kerana tidak mempunyai wang untuk membolehkan Kaleem menjalani rawatan.

Menurut Shamim, anaknya yang lain tidak menghadapi masalah itu.

“Kami mahu membawanya ke hospital, tetapi wang begitu sukar diperoleh. Nak makan juga susah hingga isteri saya kadang-kala terpaksa mengemis,” katanya.

Shamim juga berkata, dia cuba menghantar Kaleem ke sekolah, namun disuruh menulis perjanjian bahawa sekolah tidak bertanggungjawab jika murid lain membuli atau mentertawakan Kaleem.

Seorang pengarah hospital tempatan berkata, kecuali masalah tangan itu, kesihatan Kaleem baik “Jantung dan paru-parunya berfungsi seperti biasa. Yang dibimbangkan, apabila tangannya terus membesar, ia akan memberi tekanan kepada sistem jantung dan menjejaskan kesihatannya,” kata Dr Ratan.

Sementara itu, ketua Intitut Kajian Memorial Fortis, sebuah hospital moden di Gurgaon berhampiran Delhi, Dr Krishan Chugh berkata, dia yakin penyakit Kaleem boleh diubati sekiranya menjalani pemeriksaan dan ujian perubatan terlebih dulu. - Agensi






Comments

Popular posts from this blog

10 Selebriti Yang Kelihatan Lebih Muda Berbanding Usia Mereka

Selebriti Yang Kelihatan Lebih Muda Berbanding Usia Mereka








Video Wanita Di Rejam Dengan Batu

Sebuah video yang katakan dari kumpulan ISIS di Syria menunjukkan seorang wanita rejam dengan batu hingga mati oleh bapanya sendiri, setelah dituduh berzina.

Rakaman ini difahamkan telah dirakamkan di bandar Hama dan menunjukkan seorang lelaki berjanggut mengatakan kepada wanita itu dalam bahasa Arab dan menuduh zina.

Perempuan ini berpaling kepada ayahnya dan memohon "harap ayah" dan "maafkan saya" tetapi ia menolak, dengan mengatakan ia adalah hukuman yang ditetapkan oleh Allah.

Dia kemudian berpaling kepada dan memberi isyarat untuk melaksanakan hukuman keatas anak perempuannya itu.





Kisah Peninju Wanita Cantik Dari Jepun Memeluk Islam

Hidayah adalah anugerah yang datang tanpa disangka-sangka. Hal ini dirasakan oleh Chika Nakamura, seorang peninju wanita asal negeri sakura. Chika lahir dan dibesarkan di Jepun, dengan masa kecil yang bahagia, diasuh oleh orang tuanya yang dengan sangat berdisiplin. Ia belajar di sekolah yang bagus, mengikuti kegiatan ekskul, bermain dengan rakan-rakan; bermain bola dan plastisin (playdough) setiap hujung minggu.

Ia adalah tipikal anak Jepun yang sangat dimanjakan secara material. "Namun ada yang hilang saat itu, yakni komunikasi anak dengan orang tua di dalam keluarga," ungkapnya. Padahal, ia telah melewati masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya. Semasa menginjak masa remaja, Chika bersekolah di sekolah di sukainya. Tapi ia tetap merasa ada yang hilang, iaitu passion-nya. "Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu," hatinya bertanya-tanya.

Apabila usia meningkat 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi ke UK. Ia cuba hidup berdikari, men…