8/12/2014

Nurul bakal timang anak ketiga


SELEPAS Ana Raffali, mengumumkan kehamilan cahaya mata pertamanya, kini giliran penyanyi Nurul Wahab berkongsi perkara yang sama kepada peminatnya.

Berita kehamilan cahaya mata ke dua hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Eric ini telah diumumkan oleh Nurul sendiri menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube.

Menariknya video ini dibuat dalam Bahasa Melayu bagi menyembunyikan berita ini dari pengetahuan ibu dan bapa mentuanya di Perancis.

Katanya, dia hanya akan memberitahu berita gembira ini ketika dia sekeluarga berkunjung ke Perancis pada pertengahan September ini.

“Selalunya apa-apa perkembangan, saya akan umumkan di blog saya, tapi kali ini saya umumkan menerusi video ini kerana mahu rahsiakan berita gembira ini daripada pengetahuan ibu dan bapa mertua saya.

“Bulan hadapan baru boleh beritahu mereka apabila kami menjengah ke sana.

“Jadi buat masa ini saya mahu berkongsi berita gembira kepada peminat bahawa saya kini hamil 12 minggu anak ke dua Eric dan ketiga bagi saya,” katanya menerusi video berdurasi 2 minit 11 saat itu.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets