8/17/2014

Pizza Daging Ular Sawa Dan Kaki Katak

Makanan khas Itali yang bernama pizza sudah menjadi makanan yang familiar bagi masyarakat kita. Biasanya topiing pizza berupa potongan sosej, daging ayam atau cendawan. Kini ada yang lebih ekstrem, iaitu pizza topping daging ular sawa.

Restoran yang menyediakan menu luar biasa Everglades Pizza ini adalah Evan Neighborhood Pizza, yang terletak di Fort Myers, Florida, Amerika Syarikat. Selain daging ular sawa, pizza ini juga dilengkapi dengan kaki katak dan sosej buaya.

Idea membuat pizza ini datang dari pemilik restoran itu sendiri bernama Evan Daniell. Dia mendedahkan bahawa idea ini muncul apabila ular sawa berkembang begitu banyak di daerahnya. Daripada mengganggu aktiviti penduduk, Evan lalu mengolahnya menjadi makanan yang lazat. Evan telah berjaya menjual 150 keping Everglades Pizza di hari pembukaan restoran miliknya tersebut.

Di masa yang akan datang, Evan merancang untuk kembali membuat pizza dengan haiwan-haiwan pelik lain seperti armadillo, rakun dan posum (sejenis mamalia dari Australia).


Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets