8/25/2014

Zizan Razak Jelaskan Fotografi Pra Perkahwinan Di Jepun


Pelawak Zizan Razak mengambil pendekatan untuk tidak mengulas berhubung dakwaan dia bersama kekasihnya, Emma Maembong telah menjalani sesi fotografi pra perkahwinan di Jepun baru-baru ini.

Zizan berkata, dia berpendirian demikian kerana menyifatkan perkara itu terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum.

"Perkara itu (sesi fotografi pra perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya.

"Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini," katanya.

Baru-baru ini Zizan ke Jepun bersama Emma bagi menjalani penggambaran program pelancongan di negara itu.

Kunjungan ke negara matahari terbit itu dikatakan turut membuatkan mereka mengambil kesempatan merakamkan foto pra perkahwinan.

Difahamkan pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.

Bagaimanapun, Zizan menafikan mereka berkahwin pada bulan tersebut.

"Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan.

"Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi," tuturnya. - Mstar

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets