9/10/2014

Siti Saleha Komen Dituduh Bergambar Lvcah

Pelakon Siti Saleha tidak menganggap gambar yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini sebagai keterlaluan dan lucah.

Siti Saleha, 24, berkata, sebagai seorang selebriti dia sedar pergerakannya diperhatikan peminat dan sentiasa berhati-hati sekiranya ingin berkongsi gambar peribadi dalam laman sosial.

"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.

"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial," katanya kepada mStar Online.

Saleha ditemui pada sidang media teater Asmara-Ra All Stars yang diadakan di Kaki Seni SS2 Mall di sini pada Selasa.

Saleha mengulas mengenai sekeping gambarnya yang dirakamkan daripada bahagian belakang badan sambil duduk di atas kayu di tepi pantai.

Pengikut profilnya menganggap gambar tersebut sebagai lucah dan Saleha menerima pelbagai kritikan daripada pengikut di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu, Saleha berkata, dia tidak terlalu memberi perhatian terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap ia perkara biasa.

Bagaimanapun dia mengakui ada menyekat pengikut Instagram yang disifatkan melampau dan keterlaluan daripada mengikuti perkembangannya di laman tersebut.

"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka," ujarnya.- mstar

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets