Skip to main content

Posts

Showing posts from April 18, 2014

Feri karam: Guru Bunuh Diri Selepas Selamat Dari Insiden Feri Karam

JINDO, KOREA SELATAN- Timbalan pengetua sekolah yang terselamat daripada insiden feri karam di Korea Selatan ditemui mati, dipercayai membunuh diri. Polis tempatan di Pulau Jindo berkata, mayat Kang Min-Kyu, 52, ditemui tergantung berdekatan gimnasium sekolah. Gimnasium itu menempatkan ahli dan waris keluarga penumpang yang masih belum ditemui sejak Rabu lalu. “Punca sebenar kematiannya masih dalam siasatan," kata polis kepada AFP. Agensi berita Yonhap memetik polis berkata, Kang Min-Kyu ditemui tergantung di sebatang pokok dipercayai membunuh diri. Kumpulan pelajar dari Sekolah Tinggi Danwon di bandar Ansan selatan Seoul menaiki feri menuju ke Jeju. -sinarharian