Skip to main content

Posts

8 Lapangan Terbang Paling Bahaya Dan Menakutkan

Dalam dunia penerbangan, pendaratan dan berlepas adalah perkara paling sukar dan bahaya. Walaupun nampak mudah, hakikatnya juruterbang memerlukan fokus tinggi, kerjasama pembantu dan landasan yang bagus untuk mendaratkan pesawat dengan baik. Namun, bagaimana dengan lapangan terbang yang memiliki landasan pendek, curam atau laluan berbahaya? Pastinya juruterbang yang memiliki pengalaman serta kemahiran yang tinggi saja dibenarkan untuk melakukan penerbangan di lapangan tersebut. Foto PEMANDANGANNYA indah namun demikian tidak ramai yang tahu risiko pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Paro. Berikut adalah lapan lapangan terbang paling menggerunkan dan memerlukan pertimbangan serius sebelum anda berlepas ke lokasi atau mendarat. 1. Lapangan Terbang Paro, Bhutan Dikelilingi puncak Himalaya yang tinggi, lapangan terbang kecil itu dikatakan paling mencabar bagi seorang juruterbang. Pesawat yang hendak mendarat di situ bukan saja perlu mengelak puncak gunung di sekeliling lapangan

Aisberg besar di antartica pecah dan hanyut ke lautan terbuka

WASHINGTON: Saintis kini memantau aisberg sebesar negara Singapura, salah satu rekahan ais terbesar yang pernah wujud. Ia pecah daripada glasier Antartika dan sedang menuju lautan terbuka. Pakar glasier NASA, Kelly Brunt pada Rabu lalu berkata, aisberg itu meliputi kawasan seluas 660 kilometer persegi dan setebal 500 meter. Dikenali sebagai B31, aisberg itu terpisah daripada Glasier Pulau Pine Antartica pada November lalu, kata Brunt. “Ia adalah ketulan ais cukup besar untuk mencetuskan pemantauan,” kata Brunt dalam perbualan telefon, sambil mengesahkan pertubuhan kerajaan termasuk Pusat Ais Kebangsaan yang memerhatikan beberapa aisberg pada satu-satu masa. Lokasi terkini aisberg itu bukanlah kawasan yang dipenuhi laluan kapal. “Tiada banyak kapal melalui kawasan ini. Kami tidak bimbang mengenai laluan kapal. Kami tahu semua lokasi aisberg besar,” katanya. Saintis amat tertarik dengan aisberg ini bukan saja disebabkan saiz besarnya tetapi ia berasal daripada lokasi yang

Misteri longgokan sisa bahan kimia

RAWANG - Ratusan longgokan guni mengandungi serbuk Polyaluminum Chloride yang dibahagikan kepada tiga kumpulan ditemui di sebuah kawasan lapang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Teja, sejak kelmarin. Setiap kumpulan mempunyai lebih 100 guni dam setiap satu seberat 25 kilogram. Serbuk kimia tersebut dipercayai digunakan dalam industri suling dan menjernihkan air selain perubatan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Tun Teja, Mohd Shafie Taslim, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkenaan penemuan bahan tersebut sekitar jam 4 petang kelmarin. “Kita mahu tahu lanjut status bahan kimia itu sama ada berbahaya atau sebaliknya. Tidak patut bahan kimia dibuang di kawasan terbuka seperti. “Serbuk berwarna kuning itu difahamkan perlu disimpan di kawasan kering dan tidak boleh terkena air hujan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, disebabkan bimbang bakal menjejaskan keadaan persekitaran, pihaknya membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang k

Feri karam: Guru Bunuh Diri Selepas Selamat Dari Insiden Feri Karam

JINDO, KOREA SELATAN- Timbalan pengetua sekolah yang terselamat daripada insiden feri karam di Korea Selatan ditemui mati, dipercayai membunuh diri. Polis tempatan di Pulau Jindo berkata, mayat Kang Min-Kyu, 52, ditemui tergantung berdekatan gimnasium sekolah. Gimnasium itu menempatkan ahli dan waris keluarga penumpang yang masih belum ditemui sejak Rabu lalu. “Punca sebenar kematiannya masih dalam siasatan," kata polis kepada AFP. Agensi berita Yonhap memetik polis berkata, Kang Min-Kyu ditemui tergantung di sebatang pokok dipercayai membunuh diri. Kumpulan pelajar dari Sekolah Tinggi Danwon di bandar Ansan selatan Seoul menaiki feri menuju ke Jeju. -sinarharian

Surat berusia 101 lebih dipamer di muzium antarabangsa hamburg

Sekeping surat dalam botol yang dicampak ke laut di Jerman 101 tahun yang lalu, dipercayai yang tertua di dunia, diserahkan kepada cucu pengirimnnya. Seorang nelayan menemui botol bir dengan sekeping surat di dalamnya ketika menarik pukat di Laut Baltik dekat bandar utara Kiel, kata Holger von Neuhoff dari Muzium Maritim Antarabangsa di utara bandar pelabuhan Hamburg. “Sudah pasti ini pertama kali surat dalam botol tertua dijumpai, apatah lagi surat dan botol itu masih elok,” katanya. Sebaik saja menemukan surat itu, penyelidik mula bekerja keras mengenalpasti penulis surat itu dan berjaya menemukan cucu penulis berusia 62 tahun, Angela Erdmann yang tinggal di Berlin. “Hampir sukar mempercayainya,” kata Angela kepada agensi berita Jerman, DPA. Buat pertama kalinya, Angela dapat memegang botol berkenaan minggu lalu di muzium di Hamburg. Di dalam botol itu terdapat poskad meminta sesiapa menjumpainya supaya memulangkannya ke alamat rumah di Berlin. “Ia saat yang mengharuk

Sanggup Mati Elak Bayar Tol

Aksi berbahaya selama 10 minit itu sempat dirakamkan oleh seorang saksi di Sungai Kuning, Ordos di Mongolia Tengah, baru-baru ini, walaupun pemandu itu berdepan risiko tenggelam dalam air yang membeku di sungai itu, jika ais beku itu pecah. BEIJING - Seorang pemandu kereta sanggup membahayakan diri sendiri apabila bertindak berani merentasi sebatang sungai yang membeku di China, semata-mata mahu mengelak daripada membayar tol jambatan. Pada mulanya, pemandu berkenaan dilihat memandu perlahan dan berhati-hati untuk menguji tahap kekerasan ais di sungai itu. Beberapa saksi lain berkata, mereka berasa cemas setiap kali terdengar bunyi rekahan ais ketika kenderaan berkenaan bergerak di permukaan sungai yang membeku itu. Namun, tidak lama kemudian pemandu tersebut mula memandu dengan penuh yakin untuk melintasi sungai selebar satu kilometer itu dan berjaya merentasi sungai beku itu dengan selamat, sekali gus dia berjaya menjimatkan wang sebanyak AS$0.50 (RM1.60) untuk membayar

Buku Terkecil Di Dunia.

Tidak mudah untuk menilai dan memastikan secara pasti buku terkecil di dunia. berikut 5 buku yang disebut2 buku terkecil di dunia ketika ini. ke 5 buku ini memrlukan sebatang jarum untuk membuka halaman dan teropong agar boleh membaca tulisannya. 1. Teeny Ted from Turnip Town (2007) adalah judul buku yang dibuat oleh Nano Imaging Laboratory di Universitas Simon Fraser . buku ini berukuran 0.07 mm x 0.10 mm, yang terdiri dari 30 mikrotablet. 2. Chekhov’s Chameleon , sebuah buku rusia milik kepala pustakawanCollege-Conservatory of Music Library di Amerika. buku ini berukuran 0.76 mm x 0.76 mm, dan memiliki 30 halaman. 3. Old King Cole . buku ini berukuran 1.01 mm x 1.01 mm. buku ini bagian dari koleksi U.S. Library of Congress. 4. Kobzar of Taras Shevchenko , dipublikasikan di ukraina pada tahun 1840. buku ini berukuran 2.79 mm x 2.79 mm. 5. Buku berjudul The World’s Smallest Book , di produk di jerman tahun 2001. buku ini berukuran 3.04 m