Skip to main content

Surat berusia 101 lebih dipamer di muzium antarabangsa hamburg


Sekeping surat dalam botol yang dicampak ke laut di Jerman 101 tahun yang lalu, dipercayai yang tertua di dunia, diserahkan kepada cucu pengirimnnya.

Seorang nelayan menemui botol bir dengan sekeping surat di dalamnya ketika menarik pukat di Laut Baltik dekat bandar utara Kiel, kata Holger von Neuhoff dari Muzium Maritim Antarabangsa di utara bandar pelabuhan Hamburg.

“Sudah pasti ini pertama kali surat dalam botol tertua dijumpai, apatah lagi surat dan botol itu masih elok,” katanya.

Sebaik saja menemukan surat itu, penyelidik mula bekerja keras mengenalpasti penulis surat itu dan berjaya menemukan cucu penulis berusia 62 tahun, Angela Erdmann yang tinggal di Berlin.

“Hampir sukar mempercayainya,” kata Angela kepada agensi berita Jerman, DPA.
Buat pertama kalinya, Angela dapat memegang botol berkenaan minggu lalu di muzium di Hamburg.

Di dalam botol itu terdapat poskad meminta sesiapa menjumpainya supaya memulangkannya ke alamat rumah di Berlin.

“Ia saat yang mengharukan,” kata Angela. “Air mata saya menitis.”

Menurut Holger, penyelidik berjaya mengesan Angela berdasarkan alamat penulis iaitu seorang anak pembuat roti, Richard Platz berusia 20 tahun yang melempar botol itu di Laut Baltik ketika mengembara bersama sekumpulan pencinta alam tahun 1913.

Penyelidik genealogi berpangkalan di Berlin menjejaki Angela yang tidak pernah mengenali Richard, datuk di sebelah ibunya, yang meninggal dunia tahun 1946 ketika berusia 54 tahun.

Holger berkata selepas membuat perbandingan tulisan tangan Richard menggunakan surat-surat selepas itu, mengesahkan ‘tanpa ragu’ beliau adalah penulis surat dalam botol itu.

Angela memberitahu akhbar tempatan, penemuan itu membuatkan dia mencari gambar datuknya dalam album keluarga untuk mengetahui lebih lanjut mengenai datuknya, seorang anggota Sosial Demokrat yang gemar membaca.

Kebanyakan tinta di poskad itu sudah tidak dapat dibaca akibat kelembapan dan sudah lama, kata Holger.

Penemuan itu akan dipamerkan di muzium itu sehingga 1 May dan selepas diserahkan kepada pakar untuk cuba mentafsirkan keseluruhan mesej dalam poskad itu.

Terdahulu, Rekod Dunia Guiness mengesahkan surat dalam botol tertua bertarikh tahun 1914. Ia berada di laut hampir 98 tahun sebelum ditemui.

Comments

Popular posts from this blog

Buku Terkecil Di Dunia.

Tidak mudah untuk menilai dan memastikan secara pasti buku terkecil di dunia. berikut 5 buku yang disebut2 buku terkecil di dunia ketika ini. ke 5 buku ini memrlukan sebatang jarum untuk membuka halaman dan teropong agar boleh membaca tulisannya. 1. Teeny Ted from Turnip Town (2007) adalah judul buku yang dibuat oleh Nano Imaging Laboratory di Universitas Simon Fraser . buku ini berukuran 0.07 mm x 0.10 mm, yang terdiri dari 30 mikrotablet. 2. Chekhov’s Chameleon , sebuah buku rusia milik kepala pustakawanCollege-Conservatory of Music Library di Amerika. buku ini berukuran 0.76 mm x 0.76 mm, dan memiliki 30 halaman. 3. Old King Cole . buku ini berukuran 1.01 mm x 1.01 mm. buku ini bagian dari koleksi U.S. Library of Congress. 4. Kobzar of Taras Shevchenko , dipublikasikan di ukraina pada tahun 1840. buku ini berukuran 2.79 mm x 2.79 mm. 5. Buku berjudul The World’s Smallest Book , di produk di jerman tahun 2001. buku ini berukuran 3.04 m

8 Lapangan Terbang Paling Bahaya Dan Menakutkan

Dalam dunia penerbangan, pendaratan dan berlepas adalah perkara paling sukar dan bahaya. Walaupun nampak mudah, hakikatnya juruterbang memerlukan fokus tinggi, kerjasama pembantu dan landasan yang bagus untuk mendaratkan pesawat dengan baik. Namun, bagaimana dengan lapangan terbang yang memiliki landasan pendek, curam atau laluan berbahaya? Pastinya juruterbang yang memiliki pengalaman serta kemahiran yang tinggi saja dibenarkan untuk melakukan penerbangan di lapangan tersebut. Foto PEMANDANGANNYA indah namun demikian tidak ramai yang tahu risiko pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Paro. Berikut adalah lapan lapangan terbang paling menggerunkan dan memerlukan pertimbangan serius sebelum anda berlepas ke lokasi atau mendarat. 1. Lapangan Terbang Paro, Bhutan Dikelilingi puncak Himalaya yang tinggi, lapangan terbang kecil itu dikatakan paling mencabar bagi seorang juruterbang. Pesawat yang hendak mendarat di situ bukan saja perlu mengelak puncak gunung di sekeliling lapangan

Misteri longgokan sisa bahan kimia

RAWANG - Ratusan longgokan guni mengandungi serbuk Polyaluminum Chloride yang dibahagikan kepada tiga kumpulan ditemui di sebuah kawasan lapang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Teja, sejak kelmarin. Setiap kumpulan mempunyai lebih 100 guni dam setiap satu seberat 25 kilogram. Serbuk kimia tersebut dipercayai digunakan dalam industri suling dan menjernihkan air selain perubatan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Tun Teja, Mohd Shafie Taslim, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkenaan penemuan bahan tersebut sekitar jam 4 petang kelmarin. “Kita mahu tahu lanjut status bahan kimia itu sama ada berbahaya atau sebaliknya. Tidak patut bahan kimia dibuang di kawasan terbuka seperti. “Serbuk berwarna kuning itu difahamkan perlu disimpan di kawasan kering dan tidak boleh terkena air hujan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, disebabkan bimbang bakal menjejaskan keadaan persekitaran, pihaknya membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang k